Wednesday, September 14, 2016

Berubah Senang . Istiqamah ?

Assalamualaikum wbt.

Seriously aku lupa yang aku ada blog dan dah bertahun aku biarkan tanpa apa apa post. Padahal sebelum ni kemain 24/7 asyik update je. Since aku dah terdetik hati nak aktifkan balik blog ni, in sha Allah aku akan sharekan benda yang aku rasa bermanfaat buat semua. Kalau rasa tak bermanfaat, tak yah lah baca. Kahkahkah

First of all, kebelakangan ni aku ada lah tengok kat twitter dan insta pasal berubah ke arah kebaikan dan sebaliknya. Aku tak salahkan sesiapa since aku tak ada kat tempat diaorang. Apa yang aku nak sharekan di sini ialah macam mana aku pertama kali berubah dan apa aku buat masa orang pandang serong dekat aku.

Aku start pakai tudung masa darjah 6 dan masa tu parents aku tak paksa or what. Aku sendiri yang terdetik hati nak pakai tudung dan masa ayah aku tengok aku tu dia senyum sebab terkejut tengok aku berubah. Tapi masa darjah 6 tu masih on off pakai tudung sampai lah masuk sekolah menengah. Then masa aku form 3 aku slow-slow cuba penuhkan solat fardhu. Mana ada orang lahir-lahir terus jadi baik kan. Masing-masing ada zaman jahiliyah mereka sendiri.

Then aku start labuhkan tudung, pakai handsock, pakai stoking masa mak dan ayah saudara aku pergi haji. Masa tu aku form 4. Seriously rasa macam doa dimakbulkan. Semua tu terjadi bukan secara drastik tapi slow-slow. Tak adalah semua aku buat direct kan. Alhamdulillah sampai sekarang masih praktikkan benda yang dah buat sejak dulu lagi.

Ingat masa mula-mula berubah tu, aku pakai handsock gi sekolah. Cikgu english aku ternampak lah aku pakai, then dia terus marah dan kata "kalau nak pakai handsock, pakai waktu pendidikan jasmani je" . Seriously terkejut gila weh. Dah lah kena marah dalam kelas plus satu kelas weh tengok. Rasa terhina pun ada. Nasib baik classmates aku semua tahu aku baru nak berubah, then depa kata "takpe weh. kau pakai je. Cuma masa dia (cikgu english) masuk kau sorok-sorok sikit". Aku sengih jelah padahal dalam hati rasa nak meletop dah. Padahal cikgu-cikgu lain okay je kau nak pakai handsock ke apa as long tak melanggar peraturan sekolah.

Tahun lepas pulak, kawan aku sorang ni ada cakap " kau pakai je tudung labuh tapi perangai tak serupa tudung labuh" . Aku macam " eh ? " . Kau expect aku bertudung labuh tak buat dosa ? Aku tahu aku jenis ketawa kuat tapi aku ketawa macam tu depan depa ja. Since dia kata gitu, aku whatsapp dia kata kat dia , " kalau kau tahu ada buruknya diri aku, kau tegur aku slow-slow. Dan jangan pernah babitkan pakaian aku dengan diri aku" . Benganglah gak kan. Aku amik masa bertahun untuk sampai ke tahap ini. Kau ingat semudah ABC je ke aku nak berubah sampai ke tahap ini ?

So point yang aku nak sampaikan ialah, berubah tu memang senang. Sehari dua dah boleh berubah. Yang susahnya bila nak istiqamah. Istiqamah ni perlukan hati yang kental lah jugak. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, ikutkan diri aku yang tak tahan orang maki ni, dah lama aku berubah jadi teruk balik. Berbalik pada niat kita semula. Berubah kerana Allah atau manusia ? Kalau sebab Allah, orang kata macam-macam pun tak akan ada satu pun yang mampu menggugat pendirian kau. Semua terletak pada diri kau sendiri. Dalam masa yang sama, Allah nak tengok sejauh mana kuatnya kau dalam menghadapi ujian dariNya. Masa ada sesetengah orang pandang serong dekat aku dan kata perangai tak serupa pakaian semua, aku buat biasa je. Kisah apa aku. Aku berubah bukan sebab depa. Dalam masa yang sama, cuba hadam balik kata-kata depa tu dan jadikan sebagai penguat semangat untuk lebih ke arah kebaikan. Seriously tak senang weh dengan terasa hati bagai. Tapi cubalah. In sha Allah selebihnya Allah akan tolong. Wallahualam.