Friday, December 2, 2016

Wajar ke ?

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah masih berkesempatan untuk update blog setelah sekian lama. Memang lah nak update sokmo tapikan dua bulan lepas asyik busy dengan kerja kursus pengajian perniagaan sampai rasa takdok masa nak bukak blog. Bukak laptop pun untuk cari bahan je. Jadi sekarang ini sejak dah habis exam, rasa macam banyak je masa terluang. Actually tak pun. Minggu depan dah start busy balik. Okaylah jugak busykan diri dari asyik memerap duduk rumah makan tidur je kan. Harini nak share pasal satu benda since selalu sangat jadi pada diri aku ni ha. Wajarkah kita complain tentang sesuatu perkara ?

Aku memang suka masak. Aku suka try benda baru. Kalau aku nampak orang post kat insta menu baru ke, atau sesuatu menu tu yang membuatkan aku rasa nak try so aku akan buat which is dengan pertolongan omma. Itu salah satu hobi aku selepas mengemas rumah. So bila aku buat resepi baru, for sure lah akan ada tukang makannya dan yang selalu yang menjadi tukang makan tu adalah adik aku sendiri. No wonder makin sihat dia sekarang. Ngeh.

Cerita dia kat sini, wajarkah kita complain kalau makanan tu tak kena dengan selera kita ? Alhamdulillah selama aku try buat resepi baru dekat family aku, depa suka je siap bertambah lagi. Ini bukan sebab depa nak amik hati or not tapi boleh nampak sendiri. Nak lagi ayah aku yang tak suka makanan western, tapi bila aku buat bertambah beb. *bangga jap*

Jenis aku, aku suka buat makanan yang sebijik dengan resepi yang diberi. Kalau pedas resepi tu, maka pedaslah aku buat dan sebaliknya. Tapi kan weh, bila aku buat je menu baru dan kasi orang lain makan selain daripada family aku, mulalah keluar perkataan yang aku tak suka dengar. Like seriously? Contoh dia macam ni :-

“Kalau makanan ni pedas sikit kan lagi best "

“Makanan ni mengemukkan. Tak elok makan selalu”

“Aku tak makan lah makanan macam ni. Sorry”

“Asal masin sangat ?”

Okay aku tahu kadang dalam kita memasak ni adalah terlebih garam lah terkuranglah. Tapikan lebih elok kalau kita ni bukan jenis yang suka complain. Aku suka bawak bekal then bagi kawan-kawan makan. Bila dah macam ni, feel nak bawa untuk bagi depa makan tu terus hilang. Elok elok jadi ikhlas terus tak ikhlas. Dalam islam pun ada ajar, tak suka diam. Jangan bercakap atau menghina makanan tu. Cara masakan orang kan berbeza beza. Kalau rasa makanan tu mengemukkan kau, pi jejauh. Aku buat sekali je sebab nak rasa bukan hari-hari buat menu yang sama. Jenis aku, aku suka bagi orang makan. Bila dah macam ni, little bit kecewa.

Yang jenis complain makanan aku pulak ni, bukanlah jenis yang selalu bawak bekal. Meh bawak sini dan kasi aku rasa pulak makanan kau. Adab kan ada. Cuba beradab. Islam pun dah ajar. Tak suka akan sesuatu makanan tu, diam. Jangan cakap lebih lebih yang boleh buatkan orang lain terasa hati.  

So based on this story, dah boleh agak sendiri kan sama ada perlu ke tidak untuk kita ni komplain pasal sesuatu perkara. Benda ni bukan hanya terhad pada masakan tau, it's random dan bergantung pada situasi. Cuma aku bagi contoh dalam masakan since aku dah terkena sekali kan. Dah besar kan semua, masing masing fikirlah mana yang terbaik. Wallahualam.